Jenis-jenis Fabrik

Ada pelbagai jenis fabrik yang digunakan untuk membuat cloth pad masa ini. Antara jenis-jenis fabrik itu adalah seperti berikut:

1. Fabrik Flannel

4

Fabrik Flannel adalah fabrik gabungan bamboo (70%) dan cotton (30%). Fabrik ini adalah sangat lembut dan kekal kelembutannya walaupun setelah dicuci berulang kali. Ianya juga sangat sesuai untuk kulit sensitif dan kebanyakannya juga diguna sebagai lapisan didalam pembuatan ‘lampin kain moden’ (modern cloth diaper).

2. Fabrik Zorb

3

Zorb diperbuat dari gabungan bamboo/kapas/viscose dan polymicro fibre. Kesemua farbrik ini adalah ‘non-allergenic fibers’ dan dikeluarkan dari Canada dan USA. Fabrik ini adalah penyerap yang sangat bagus dan oleh kerana itu, tidak perlu menggunakan banyak lapisan fabrik sebagai fabrik penyerap disebabkan keupayaannya untuk menyerap cecair ketika hari tenat.

3. Fabrik Minky

2

Fabrik Minky ini adalah sangat lembut dan dalam masa yang sama merupakan penyerap yang sangat baik. Pemakai akan merasa kering dan selesa (malah tersangat selesa) berbanding pemakaian disposable pad yang terdapat diluar sana. Fabrik Minky adalah fabrik yang dicipta dati polyster synthetic fabrik iaitu tergolong dalam keluarga microfibre fabrik. Sekiranya tiada masalah dengan pemakaian disposable pad, maka tiada masalah juga kalau hendak memakai pad dari fabrik minky

4. Fabrik Bamboo

1

Fabrik bamboo ini tersangat lembut dan dalam masa yang sama ia penyerap yang sangat baik. Pemakai akan merasa kering dan selesa (malah tersangat selesa) berbanding pemakaian disposable pad yang terdapat diluar sana. Fabrik Bamboo adalah datangnya dari tumbuhan iaitu buluh. Permintaan terhadap pad dari fabrik bamboo adalah tinggi terutama pada mereka yang mempunyai masalah alergi/kulit yang sensitif.