Cara Pakai Pantyliner semuda A B C
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
1) Cara pakai sudah semestinya sama seperti pakai panty liner yang biasa, bezanya ia perlu dibutangkan kerana ia tidak mempunyai lapisan gam untuk ditampal di seluar dalam.
2) Cara basuh, macam kita basuh seluar dalam, basuh baju, basuh seluar, basuh sarung tangan, basuh stockin, iaitu bahan utama adalah air dan sabun. Disebabkan penggunaanya adalah BUKAN KETIKA DATANG BULAN, jadinya tidak la susah… yang penting, lepas basuh perlulah disidai (samada diampaian dibawah sinaran matahari atau bawah kipas). Pastikan ianya kering sempurna sebelum dipakai. Samalah juga dengan cara kita pakai baju, pakai seluar, pakai stockin… perlulah ia kering sepenuhnya.
3) Seperti baju, seluar, cadar, selimut, panty liner boleh dibasuh dgn mesin tetapi disebabkan fabrinyer agak nipis, memadai sahaja dibasuh disinki dan disidai. Unless kita ada berdozen, boleh sahaja dimasukkan didalam net sebelum masuk kedalam mesin.
4) Panty liner ini ada dua permukaan iaitu permukaan bercorak dari fabric cotton dan permukaan kosong dari fabric flannel. Pemakaiannya pada permukaan fabrik flannel kerana ia lebih sesuai dan lembut.
No comments yet.